City of Shared Stories

Has someone written about the area where you live?

Use our search to find creative writing about places you know.

To share your story follow the link below and type your story or poem about Kuala Lumpur.

zakat kuda

Subang Jaya // 17 Aug 2011 // by intransit26
Petang ini, aku rasa beban terlepas. Sempat untuk membayar Zakat Fitrah berhampiran dengan Bazaar Ramadhan. Benda wajib walau kau punk macamana sekalipun.

Sampai sahaja dirumah, aku letak juadah yang dibeli atas meja makan. Buka baju, dan terlentang diruang tamu.

Si Paris ternganga kepenatan, duduk disebelah aku yang melingkar kepanasan. Sibuk lah kau!

Selang lima minit, aku jadi khayal. Terbang dalam ilusi, kejar mengejar bersama bidadari, tapi tak terlalu rapat. Bulan puasa mesti elak benda-benda ghairah.



"Dua tiga kosong lima"

"Tiga lapan lapan enam"



Aku diam dalam khayal. Mata lelap melayan enaknya pusingan kipas siling.



Tangan atas dahi, menantikan waktu untuk berbuka. Baring dan rehat-rehat dilantai ruang tamu, enak dan romantis. Tolak Si Paris yang menyebuk disebelah aku. Entah apa yang dia kira.



Lantak kau lah.



"Lapan enam tiga enam..."

Lain macam bunyinya.Susunan nombor yang bacakan oleh Si Paris. Tak begitu asing bagi aku. Perlahan aku seluk kocek seluar yang dipakai.

"Eh Mana pula kertas ni??" hati aku mula risau.

Aku buka mata, perlahan dapat tengok emak Si Paris berdiri cekak pinggang.

"Engkau ni tak senonoh! bulan puasa pun buat kerja macam ini!!"

Aku jeling sebelah, ke arah Si Paris yang buat muka tak bersalah. Dia tengah belek beberapa helaian slip nombor ekor.

Cilakak!

Bookmark and Share