1.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Pergi tiusyen kata nak belajar
Entah-entah berdating sakan
2.
Kalau tuan mudik ke hulu
Kirimkan saya sebiji saga
Kalau tuan nak ponteng dulu
Kirimkan saya sebatang Sampoerna
3.
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan engkau makan
Suruh merempit lagilah mahu
4.
Buai laju-laju
Sampai hujung sana
Apa dalam baju?
Tanya pada bohsia
5.
Ke teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja aku yang belum
Kupeluk sudah kucium sudah
Rakam handphone aku yang belum
6.
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Duit pinjaman jangan tak bayar
Nama keluar kat paper nanti
7.
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama jadi MP
8.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disaman berjuta nanti