City of Shared Stories

Has someone written about the area where you live?

Use our search to find creative writing about places you know.

To share your story follow the link below and type your story or poem about Kuala Lumpur.

Ingin tahu akan bunuh kamu juga, nanti.

KLCC // 21 Jul 2010 // by R. Razali // 1 person likes this story
"Why do you want to know?"

"You know," dia kata, "curiosity and guilty, are hard to resist. Just like chocolates."

Sebelum dia sempat sambung, aku berpaling ke arah pelayan dan cuba untuk pesan sesuatu.

Semenjak keluar dari hospital dan masuk ke dalam kereta, dia tak berhenti (langsung) bertanya tentang kawan aku yang ditahan wad. Kenapa, bila, macam mana, siapa, dekat mana. Gaya perempuan yang konon prihatin, dasarnya cuma mahu ada modal bila bercerita dengan kawan- kawan lain, dan sedikit garapan cerita sendiri untuk jadikannya lebih menarik.

Aku jadi rimas. Tak sepatutnya aku minta dia temankan aku tadi. Perkara macam ini tak perlu dikisahkan sangat, asalkan kawan aku selamat, minggu depan boleh keluar wad dan boleh datang minum- minum bila aku panggil, sudah cukup. Aku datang dengan baju polo hitam pun nak ditegur.

"Kita bukan nak melawat orang mati."

Pelayan tadi jadi marah selepas aku pulangkan semula menu dengan geleng kepala. Hei, sekurang- kurangnya aku senyum. Perempuan di depan aku sudah mula senyap.

Keadaan jadi sedikit tenang. Aku hirup kopi, perlahan.

"I just can't resist the curiosity, that's all,"

Aku rasa nak mengamuk, tendang meja dan maki hamun perempuan depan aku, mungkin secara tak sengaja akan tumpahkan kopi aku. Waktu makan tengah hari hampir tamat, dan untuk mulakan waktu petang dengan kopi yang tumpah, perut kosong dan perempuan yang banyak tanya bukan satu idea yang bagus.

"Cut the questions," aku kata, "or you want to walk yourself home after this."

Dia cuma senyum.

"You wouldn't be able to resist the guilt if you leave me here."
Bookmark and Share
1 person likes this story.